it's SMK SERI PERMAISURI TEACHER'S DAY!!!
alhamdulillah, pertama kali menyambut hari guru, tapi sedikit berdebar dan berharap tentang kes persembahan guru baru (post :26 mei)
suasana sekolah memang tak terlepas dari hedonisme. Dulu saya cukup marah dengan persembahan yang merapu semasa hari guru. kini lebih
hebar cabarannya, saya marah dalam kondisi saya seorang guru.. ya Allah, sejauh mana pun saya tersenyum, mmg tak dinafikan akan terlihat juga wajah kemasaman+protes saya dengan persembahan yg ada.. dah berniat nak melarikan diri, tapi tengok ustazah steady, tahan & geleng-geleng kepala, saya pun cuba untuk tahankan
diri. nanti apa pula cikgu-cikgu lain kata.
tapi insyaAllah, satu masa nanti teringin melihat perubahan dalam sambutan hari guru.. tapi perubahan yang macam mana ya? yang pasti bukanlah tarian lagu wonder girl. :(
alhamdulillah, oleh kerana masa tak berapa mengizinkan, persembahan cikgu-cikgu baru hanya tayangan video, subhanallah, syukur, alhamdulillah.. cikgu-cikgu pun ada yg bertanya "eh, kata persembahan guru baru, mana gurunya, tak naik pentas p
un" saya diam & senyum =)
thanks ALLAH..
sambutan hari guru berakhir sekitar jam 1 dan cadangan mural diterima oleh cikgu farrah. peralatan untuk buat mural semua dah settle, hanya tunggu kunci dari pembantu makmal.. alhamdulillah, soft & smooth kan.. =)
S1:(seorang yg sangat serius dalam kelas dan sukar untuk senyum, hampiri saya selepas habis majlis sambil tersengih) : cikgu, selamat hari guru
cikgu: terima kasih emirul.. ni adik awak ke?
S1: iya, muka sama kan? (sambil pegang bahu adiknya, mungkin form2)
cikgu: sama (dalam hati, sweetnya adik & abang ni, sungguh akrab)
p/s: insyaAllah hujung minggu ni balik untuk berkhidmat dgn mak abah.. =)
cikgu haifa,
iman villa,
pantai permai,
11.09 p.m
27/05/2011